Al-Allamah Al-Sheikh al-Tabbani Seorang Alim Mekah Yang Mengajar di Masjidil Haram Selama 50 tahun Membongkar Kesesatan al-Wahhabi


Berkenaan al-Allamah Al-Sheikh al-Tabbani – Tak kenal maka tak cinta

1. Al-Allamah Al-Tabbani adalah di antara salah seorang ulama’ terbilang di Mekah pada zamannya dan juga berketurunan Rasulullah SAW. Beliau mengajar di Masjidil Haram (Mekah) dan beberapa madarasah di sekitar Masjidil Haram dari tahun 1338H sehingga 1390H. Iaitu sekitar dari 1919/1920M sehingga 1969/1970, lebih kurang 50 tahun. Beliau juga mengajar di Masjid al-Nabawi di Madinah dalam ziarah-ziarah beliau ke sana. Dalam erti kata lain, beliau adalah pengajar “al-Haramayn” – Mekah dan Madinah. Beliau juga melihat perkembangan Wahhabi di hadapan mata beliau sendiri.

2. Para guru-guru beliau terdiri daripada para ulama’-ulama’ yang besar pada zamannya. Beliau belajar daripada ulama’-ulama’ di Tunisia (Universiti Zaytunah), di Damsyik, Syria, Madinah al-Munawwarah dan Mekah al-Mukarramah, dll, sebelum terus menetap di Mekah al-Mukarramah.

3. Hampir kesemua ulama’-ulama’ Mekah yang terkemuka selepas beliau adalah anak-anak murid beliau seperti:

  • Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
  • Al-Sayyid ‘Alawi al-Maliki
  • Al-Sayyid Muhammad Ibn Al-Sayyid ‘Alawi al-Maliki
  • Al-Sheikh Muhammad Nur Sayf
  • Al-Sheikh Ismail al-Zayn, dan banyak lagi.

4. Beliau wafat pada hari Khamis, 22 Rabiul Awwal tahun 1390H dan dikebumikan di perkuburan al-Ma’lah di Shu’bah al-Nur berdekatan dengan maqam Saidatina Asma’ al-Siddiqiyyah Bint Saidina Abu Bakr al-Siddiq r.anhuma [Semoga Allah meredhai dan merahmati kita dengan kedudukan mereka di sisi-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin].

Pembongkaran Beliau tentang Kesesatan Wahhabi dan Jenayah Ilmiah yang dilakukan oleh Ulama’ Yang Disanjung oleh Wahhabi di dalam Kitabnya “Bara’ah al-‘Ash’ariyyin”

 

5. Beliau menggunakan nama pena beliau “Abu Hamid Ibn Marzuq” di dalam mengarang kitab ini bagi memelihara keselamatan beliau yang hidup di bawah pemerintahan Wahhabi. Bahkan, banyak juga penerbit buku di Tanah Arab yang menerbitkan buku menolak fahaman Wahhabi terpaksa menggunakan “nama syarikat yang tidak wujud” bagi mengelakkan konflik yang tegang dengan golongan Wahhabi dan bagi menjamin keselamatan mereka.

6. Di Malaysia, Wahhabi baru sampai ke tahap saman-menyaman, di banyak negara-negara lain, pembunuhan menjadi salah satu kaedah mereka berdepan dengan penolakan dan perbezaan pendapat daripada orang lain. Banyak lagi sebenarnya kekejian perlakuan Wahhabi terhadap orang yang berbeza pendapat dengan mereka.

7. Tanyalah kepada golongan Wahhabi di Malaysia:

“Siapakah yang mula-mula mengambil tindakan konfrontasi yang jijik dan kotor dengan menghantar surat kepada pihak berkuasa yang menfitnah seorang pegawai agama di JAKIM dengan tuduhan beliau membawa ajaran Syi’ah sehingga pegawai tersebut hampir-hampir ditukarkan ke Sabah?!”

“Siapakah yang menghalang tiga ulama’ dan pendakwah dunia Islam: Al-Habib Munzir al-Musawa, al-Habib Abdullah al-Attas dan Sayyid Abdurrahman Al-Junaid daripada memasuki negeri Perlis dalam usaha dakwah mereka dengan pelbagai tuduhan serta ugutan tangkap pada tahun 2007?” Untuk maklumat, sila ke:

http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=114&Itemid=29 [Baca tajuk Perlis].

Mungkin wartawan ataupun orang ramai boleh bertanya kepada mantan mufti Perlis berkenaan isu ini.

8. Di sini, penulis nukilkan terjemahan bagi sebahagian kecil daripada buku “Bara’ah al-Ash’ariyyin min ‘Aqaid al-Mukhalifin” yang dicetak pada tahun 1968 yang mungkin cukup untuk menggambar sikap dan watak golongan Wahhabi. Fahamilah.

Maksudnya:

“Dan terkumpul asas-asas akidah Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan para pengikutnya pada empat perkara:

  • Menyerupakan (tashbih) Allah SWT dengan makhluk-Nya; dan
  • Tawhid al-Uluhiyyah dan al-Rububiyyah; dan [Tambahan penulis: Tauhid versi inilah yang merupakan asas bagi “Kaedah Takfir” fahaman Wahhabi] [Insya-Allah, akan dibincangkan kemudia]
  • Tidak menghormati Nabi SAW; dan
  • Mengkafirkan umat Islam.

Dan dia sebenarnya adalah pengikut kepada Ahmad Ibn Taymiyyah dalam setiap perkara tersebut, dan dia (Ibnu Taymiyyah);

  • adalah pengikut al-Karramiyyah dan Mujassimah al-Hanabilah dalam asas pertama
  • serta mengikut kedua golongan tersebut (al-Karramiyyah dan Mujassimah al-Hanabilah) serta golongan al-Haruriyyin [Tambahan penterjemah: salah satu golongan Khawarij] pada asas akidah yang keempat; dan
  • adalah pereka kepada Tauhid al-Uluhiyyah dan al-Rububiyyah yang terbit daripada (tauhid) ini juga (asas) tidak mengangungkan/menghormati Rasulullah SAW dan pengkafiran kepada umat Islam.

Dan kepercayaan dalam menukilkan agama di sisi mereka (Wahhabi) hanya terhad padanya (Ibnu Taymiyyah) dan anak muridnya Ibn al-Qayyim serta Muhammad Ibn Abdul Wahhab.

Mereka tidak mempercayai dengan mana-mana orang alim daripada ulama’ umat Islam dan tidak memberi nilai kepadanya (mana-mana orang alim) melainkan apabila mereka mendapati pada kata-katanya keserupaan yang menyokong hawa nafsu mereka.

Sesungguhnya, agama Islam yang luas ini hanya tertumpu para ulama’nya pada tiga orang ini (di sisi Wahhabi).

Dan umat (Nabi) Muhammad SAW yang dirahmati dan yang telah tersebar sejak perluasan pembukaan Islam di era pemerintahan Zun al-Nurayn (Saidina) Uthman r.a. sehingga ke zaman kita ini dan telah sampai ke lebih daripada satu perempat bumi dan umat inilah:

  • · yang mempunyai ulama’ dan pengarang kitab paling ramai, dan
  • · umat inilah 2/3 ahli syurga seperti di dalam hadis yang sahih;

(namun begitu, pengertian umat nabi Muhammad SAW yang selamat) hanyalah terhad kepada mereka (Wahhabi) dan ulama’ mereka yang tiga itu sahaja.

Dan setiap seseorang yang mempunyai ketajaman/keluasan ilmu yang membaca karangan-karangan Ibn al-Qayyim dan risalah-risalah Muhammad Ibn Abdul Wahhab tanpa ada kecenderungan tertentu dan bersikap dengan adil akan mendapati bahawa kedua-dua mereka adalah merupakan pengikut kepada Ibn Taymiyyah dalam semua kefahamannya, mempertuhankan hawa nafsunya dan mempunyai keunikan (dengan dua ciri dalam penulisan mereka):

  • Pertamanya: Mempertahankan pandangan-pandangannya (Ibnu Taymiyyah yang) pelik dan janggal (shazz) dengan sesungguh-sungguhnya “seakan-akan orang kurang bijak” [Tambahan penterjemah: “…” terjemahan yang sangat lembut digunakan oleh penulis]
  • Dan apa yang mereka tulis dengan baik di dalam penyelidikan-penyelidikan mereka sebenarnya mereka ambil daripada hasil tahqiq orang (ulama’) terdahulu daripada ulama’ umat Islam dan mereka mengambilnya dengan begitu banyak namun tidak menyandarkannya kepada pentahqiq (asal)nya (seperti mana – berdasarkan prinsip -amanah menukilkan ilmu daripada ulama’)”

Sekian terjemahan.

9. Banyak yang boleh diulas daripada petikan di atas. Namun, penulis tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih panjang. Bagi para pengkaji di luar sana, carilah kitab yang sangat hebat dan bermanfaat ini.

10. Kepada para Wahhabi, bersangka baiklah dengan Al-Allamah al-Tabbani dan ulama’-ulama’ lain yang menolak Wahhabi sepertimana kamu bersangka baik dengan Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab. Tanpa bersangka baik dengan para ulama’, kamu tidak akan sampai kepada natijah yang benar.

11. Ketika penulis mengkaji isu ini, penulis mengambil sikap bersangka baik dengan semua para ulama’ (termasuk ulama’ wahhabi) dengan tanggapan setiap orang mencari kebenaran. Namun begitu, natijah yang penulis dapat – setelah berdoa, mengkaji dan menghadiri kuliah para ulama’ termasuk ulama’ Wahhabi, dll – ialah KESELAMATAN AGAMA ADALAH BERSAMA DENGAN MAJORITI ULAMA’ dan penilaian bagi sesuatu isu itu mestilah berdasarkan PERSPEKTIF MAJORITI ULAMA’. Dan hasil kajian penulis ini mempunyai dalil yang kuat dan sangat jelas daripada Hadis Rasulullah SAW.

12. Kepada masyarakat umum yang keliru, tak perlulah tuan-tuan dan puan-puan melalui liku-liku perjalanan ilmiah yang cukup “merbahaya” ini, khasnya berkaitan isu aqidah, dan khasnya lagi berkaitan perbahasan sifat bagi Zat Yang Maha Agung. Ada juga yang tidak dapat melepasinya dengan selamat dan tergelincir, lalu akidah bid’ah bersarang di dalam diri.

13. Ingatlah pesanan Imam al-Ghazali r.a., masyarakat awam tidak sesuai (bahkan haram) membahaskan dan mempelajari isu akidah yang rumit kerana perbahasan ini menuntut syarat-syarat yang sangat ketat. Cukuplah berpegang dengan Majoriti Ulama’ (Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah dalam pengajian akidah) dalam menyelamatkan agama di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini.

14. Berpeganglah dengan Akidah Khamsin/Lima puluh [20 sifat wajib + 20 sifat mustahil + 1 sifat harus bagi Allah dan 4 sifat wajib + 4 sifat mustahil + 1 sifat harus bagi Nabi/Rasul = 50 sifat] dan berusahalah menghayatinya melalui pengajian Tasawwuf dan berusahalah menjalaninya dengan Fiqh.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ya Allah! Rahmatilah, berkatilah, ampunilah, berilah hidayah kepada umat kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW! Amin Ya Rabbal Alamin.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

  • wong tegal anti faham Takfir

  • Page Aswaja di facebook

  • suwuk aswaja
  • Wong tegal anti wahhabi
  • Forum Aswaja Indonesia
  • Membongkar Kesesatan Wahhabi
  • Aqidah Aswaja
  • tempat ngopine wong tegal

    Akmal Mandala di Larangan mendengarkan melihat…
  • Masukkan alamat surat elektronik Anda untuk mengikuti blog ini dan menerima pemberitahuan tentang tulisan baru melalui surat elektronik.

    Bergabunglah dengan 312 pengikut lainnya

  • Komentar Terbaru

    Akmal Mandala di Larangan mendengarkan melihat…
    Ardians Faqih di DUSTA ATAS NAMA IMAM SYAFI…
    Maryanto Yans di MAULID NABI MUHAMMAD SAW
    Faried Zeus di Larangan mendengarkan melihat…
    Ukasyah Ibn di Larangan mendengarkan melihat…
  • Top Posts & Halaman

  • %d blogger menyukai ini: